Sunday 8 June 2014

Corat Coret Sekitar National Conference Shaklee @ Sunway Pyramid Convention Centre

Day 2 with our GREAT LEADER ! Mujur sempat tarik Masters Farah.. Kalau x, melepaslaa nak posing ngan beliau... :D

Bismillah...

Ya Allah..lamanya saya x update blog ni...bersawang dah...huhu... Sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.16 am... dah lewat malam dah... Tapi mata masih belum mengantuk. Mungkin rasa teruja kesan daripada National Conference Shaklee sepanjang dua hari ni masih belum hilang. Aura-aura positif daripada lebih 4000 sid dari seluruh negara masih terasa ! Allahuakbar !!!

Saya bangga ! Apatahlagi meraikan kejayaan luar biasa organisasi kami ! Di mana leader kami adalah antara 47 master TERBAIK seluruh Malaysia ! Wowww !!!

Tahun depan kita pulak sama-sama naik stage amik award InsyaAllah. Semuanya bukan perkara yang mustahil. Kami boleh, anda juga boleh ! Kami akan pastikan kejayaan kami turut menjadi kejayaan anda ! Anda MESTI berjaya sebagaimana kami berjaya !

Jom layan beberapa keping pic kami sepanjang 2 hari conference ni.. ;)

Day 1.. Posing saatttt.... :D

Sharing by one of our great Masters in Shaklee !

Health & wellness Talk by Dr. Bruce Daggy

Dr. Bruce Daggy, Senior Vice President, Research & Development (R & D) and Chief Science Officer of Shaklee!

One of our BEST SELLING product !

Door gift from Shaklee ! <3

Terbaeeekkk... ! Shaklee sediakan ESP untuk breakfast ! ;)

Welcome.. ! :D

Ingin sertai organisasi kami ? Hubungi saya Salwani di talian 0189899931 untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, saya yakin anda pasti tidak akan menyesal ! :D
















Monday 6 May 2013

Masalah senggugut? Period xteratur?

JAWAPAN: SHAKLEE GLA Complex ------> the most effective natural ingredient!

Perbezaan Shaklee:
Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tsedia di pasaran dihasilkan drpd evening primrose oil (EPO). manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yg mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. borage juga  adalah 3 kali lbh dari segi bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan drpd EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E utk meningkatkn keberkesanan dan kestabilannya. kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh shakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Manfaat utama:

1. Herba tradisi yang dipercayai - borage merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin utk mengawalselia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS spt kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. penagmbilan j/masa pjg melambatkan penuaan, mengetatkan uterus.

4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan mslh kerap kencing.

5. Menentang kanser - GLA adalah antioksidaan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki inflamasi kulit - cth ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, perbaiki bintik penuaan, kurap. ringankan sakit n bengkak yang tjadi dari rheumatisma, artritis

7. Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dlm darah, bkesan utk diabetes semasa hamil dan usia tua. meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yg tinggi.

8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - merendahkan kolesterol LDL

9. Menghalang tekanan darah tinggi - halang pembekuan darah, rangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, baiki tekanan darah tinggi dan mengelakkan masalah jantung

10.Memperbaiki tekstur rambut -perbaiki rambut kering dan rambut gugur

11.Hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) - dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar beri tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

* Ramai org slh anggap bahawa GLA hanya utk wanita. sbnrnya GLA sama penting spt asid amino yg x boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, hanya diperolehi dari makanan. sgt penting utk kanak-kanak (potong gel lembut dan campur dgn makanan), remaja, dewasa dan juga boleh utk slps manopause dan andropause (manopaus lelaki).

Feel free to PM me for FREE CONSULTATION & for THE BEST PRICE... ! :)
FB : mommyputri@gmail.com

Sunday 14 April 2013

Kisah Benar : Kasih Seorang Ibu


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Sumber: putrimommy@gmail.com

Frekuensi pemikiran besar


Pastinya anda pernah dengar kata-kata pakar motivasi untuk berfikir besar- Think big! Sekiranya pendapatan anda kini adalah RM3,000, bayangkan anda mampu memperolehi RM30,000. Sekiranya pendapatan anda adalah RM5,000, bayangkan pendapatan boleh mencecah RM50,000! Boleh kah anda bayangkan?

Untuk kebanyakan antara kita ianya adalah amat sukar! Bukannya senang untuk think big. Mana taknya, bertahun-tahun kita dalam lingkungan pendapatan yang “lebih kurang sama” sahaja, masakan pula hendak berangan pendapatan kita boleh berganda 10. Hendak meyakinkan diri, satu cerita, inikan pula kalau kita kongsikan matlamat “think big” kita dengan kawan, sudah tentunya kita hanya akan kena perli mereka.
Biarkan saya berkongsikan satu rahsia dengan anda: Berfikir besar adalah titik permulaan segala yang hebat berlaku! Ianya adalah amat penting untuk berfikir besar. Mengapa pendapatan atau kejayaan seseorang itu tidak cemerlang sepertimana yang diinginkan? Pastinya kerana mereka tidak fikir besar.

Saya teringat satu rancangan TV menjemput saya sebgaai tetamu baru-baru ini untuk berbicara tentang potensi diri, dan dalam rancangan tersebut, terdapat selingan temubual diluar studio dengan orang ramai. Penemubual bertanyakan pada seorang lelaki yang berpakaian kemeja segak, bertali leher. Penemubual bertanya “Bolehkah anda menjadi Jutawan?”. Jawapan yang diberikan “Insyaallah, dengan usaha yang lebih, mungkin saya akan capai hasrat saya itu satu hari nanti”
Tak lama kemudian, orang lain pula ditemubual. Kali ini, seorang lelaki yang memakai T Shirt dan berseluar jeans (kelihatan agak selekeh). Soalan yang sama ditanya “Boleh kah anda menjadi Jutawan?”. Jawapannya pula…. “er… er… saya tak pernah terfikir pula. Mana la tahu, kalau saya menang pertandingan ke… mungkin boleh jadi jutawan… er… tapi, tak tau la…”

Lelaki pertama memberi jawapan yang berfikiran besar. Manakala lelaki kedua memberi jawapan yang agak kurang memuaskan- jadi jutawan dengan menang pertandingan?? Jawapan yang mereka berikan mencerminkan personaliti dan fikiran masing-masing. Lelaki pertama kelihatan daripada pakainannya seperti seorang yang berjaya- pastinya seorang yang berfikir besar yang telah dicerminkan daripada jawapannya.
Manakala lelaki kedua pula, dari pakaiaannya yang agak selekeh mungkin tersangkut dalam keadaan keselekehan itu kerana berfikiran kecil!

Ketika saya di Universiti, saya sudah mula melatihkan diri untuk berfikir besar. Ya, berfikir besar adalah satu kebolehan yang boleh dipelajari dan bukan sesuatu yang sedia ada dalam seseorang. Secara tabiat, manusia tidak akan berfikir besar oleh kerana telah lama dan selesa dalam keadaan semasa. Tabiat manusia juga adalah sukar untuk diubahkan. Begitu juga minda dan fikiran manusia yang tidak suka diubah. Sekiranya “frekuensi” pemikiran seseorang itu suka berfikir kecil, maka, itulah keadaan yang sering difikirkan dan sukar diubah.

Sekiranya pula “frekuensi” pemikiran seseorang itu adalah besar, maka, dia akan sering berfikir yang besar-besar sahaja. Tahukah anda Donald Trump pernah kerugian dan berhutang US1billion? Ya, satu ketika dulu beliau hampir hilang segala-galanya (dan berhutang lagi!), tetapi, oleh kerana “frekuensi” pemikirannya yang besar membolehkannya memusingkan keadaan sehingga beliau memperolehi berbillion-billion kembali!
Ianya adalah agak bahaya sekiranya kita sering fikir kecil dan tidak pernah berfikir besar. Kalau fikir besar pun, biasanya sebesar mana yang kita yakin akan tercapai dengan mudah sahaja- dan tidak lebih daripada itu. Itulah keadaannya frekuensi berfikir kecil.
Manakala sekiranya kita keluar daripada keselesaan kita, kita fikir besar lebih jauh daripada apa yang kita boleh capai. Lebih hebat daripada apa yang kita inginkan dan lebih sukar daripada apa yang kita sering lakukan, maka, kita dapat melatihkan minda kita untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.

Di sini saya ingin berikan sedikit latihan kepada anda:
Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, di mana anda yakin anda tidak akan gagal. Berhenti sebentar dan fikirkan soalan ini sebelum meneruskan bacaan...
“Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, di mana anda yakin anda tidak akan gagal.”
Jawapan yang anda miliki itu belum lagi berfikir besar. Dengan jawapan yang anda ada dalam fikiran anda, gandakan pencapaian matlamat itu 10 kali ganda lagi! Kini, itulah titik permulaan anda!
Tidak kira betapa jauhnya atau besarnya matlamat tersebut, fikir kan matlamat itu setiap hari mulai hari ini. Tidak kira betapa “kelakar”nya bunyinya kepada anda, berikan sedikit peluang untuk minda anda untuk melatihkan diri untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Istilah mat salleh berbunyi, “Aim for the stars, if you miss, you will still reach the moon!”. Biarkan fikiran anda bebas berfikir besar sebesar-besarnya oleh kerana sekiranya ianya tidak capai pun, masih lagi tidak mengapa kerana, anda telah memberi peluang kepada diri anda meletakkan satu standard yang jauh lebih tinggi. Apa sahaja pencapaian sudah pastinya membanggakan. Itulah kehebatan berfikir dalam frekuensi fikiran besar!
*****************
Sumber: Irfan Khairi

Di manakah tahap kewangan anda.. ?


Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kita perlu ketahui poin A.
Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?


#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!


#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?
Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.


#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).


#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.
Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!
Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!
*****************
Sumber : Irfan Khairi

11 Formula Kejayaan.. !

1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!


4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapiApa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!


11: Janji pada diri sendiri…Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

*****************
Sumber : Irfan Khairi

Pelik tapi benar...renung2kanlah.....


MASALAH :

Kekasih Ucap Sayang Tapi Kahwin Wanita Lain
Cinta sememangnya mengasyikkan malah segalanya indah. Tidak hairanlah ramai cuba meraih rasa cinta ini dengan pelbagai cara termasuk dengan cara yang salah. Minggu ini, kita berkongsi luahan hati seorang pembaca yang sudi kisahnya dikongsi di ruangan ini.
Dalam menyulam cinta, pasangannya memilih berkahwin lain dan bila kebenaran ini diketahui, pasangannya tetap tidak sanggup melepaskan dirinya kerana begitu sayang. Semoga kisahnya menjadi iktibar kepada pembaca lain.
Saya sebenarnya keliru dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya ingin berkongsi masalah agar saya ketemu jalan penyelesaiannya. Saya berusia di pertengahan 20-an. Pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak. Tetapi kebahagiaan itu cuma sementara kerana bekas suami seorang penagih dan pengedar dadah.
Oleh kerana saya tidak lagi mampu bertahan dengan perangai bekas suami yang sering memukul, saya mengambil keputusan untuk berpisah. Saya ada berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu lori yang sering singgah di tempat saya bekerja. Namanya Z. Saya tertarik dengan sikapnya. Dia seorang yang pemalu dan kelihatannya, dia tidak seperti lelaki lain. Z memang pendiam jika dibandingkan dengan kawan-kawannya. Tergerak di hati saya ingin mengenalinya dengan lebih lanjut kerana perwatakannya jauh berbeza dengan bekas suami yang terlalu liar.
Ternyata saya berjaya mendekatinya. Saya selalu berhubung dengannya melalui telefon. Hari ke hari hubungan kami mula rapat dan saya jatuh cinta padanya dengan kelembutan sifatnya. Tetapi kami bercinta hanya sekadar di telefon dan berjumpa di tempat kerja saja kerana takut akan terserempak dengan bekas suami.
Seperti pasangan bercinta yang lain, Z juga selalu mengajak saya keluar bersama dengannya tetapi saya menolak dengan pelbagai alasan kerana tidak mahu Z menjadi mangsa kepada bekas suami. Ternyata Zmemang penyabar.
Hampir setahun dia menunggu saya dengan penuh kesabaran. Kemudian timbul rasa kasihan, saya mula mengatur langkah dan selalu keluar bersama dengannya. Hubungan kami makin bertambah erat hinggalah kami terlanjur.
Sepanjang kami bersama, pernah dua kali saya dipukul oleh bekas suami yang tidak dapat menerima perpisahan kami. Pelbagai cara saya lakukan agar hubungan saya dengan Z kekal dan dapat selalu bersama dengannya tanpa pengetahuan bekas suami. Sedar tak sedar hubungan saya dan Z sudah masuk tahun ketiga. Sedihnya apabila beberapa bulan lepas, Z telah bernikah tanpa pengetahuan saya dan pastinya bukan dengan saya.
Saya berasa hairan entah sejak bila Z mengenali wanita itu sedangkan setiap hari-harinya, dia bersama saya dan apabila waktu bekerja setiap jam dia akan menghubungi saya dan akan berbalas SMS. Saya tidak pernah nampak Z menguruskan hal perkahwinannya kerana dia sentiasa dengan saya.
Saya kenal siapa keluarganya, di mana rumahnya dan siapa kawan-kawannya. Setiap hari dia akan bawa saya bersiar-siar di kawasan rumahnya dan di mana sahaja yang ingin kami tuju tanpa batas. Dia terlalu mengambil berat tentang saya dan anak.
Setelah saya siasat, sebenarnya wanita itu tinggal berdekatan dengan rumah Z sahaja. Apa yang saya tidak pasti motif Z berkahwin sedangkan di hari perkahwinannya, Z menghubungi saya seperti biasa dan sehingga kini dia masih bersama dengan saya.
Z berjanji akan berkahwin dengan saya dalam masa terdekat dan walaupun baru sahaja bernikah. Masanya juga banyak untuk saya. Kata Z dia tak mahu melepaskan saya kerana dia terlalu sayangkan saya. Dia sanggup luangkan masanya dengan saya walaupun sudah beristeri. Apa perlu saya lakukan? Patutkah saya terima Z? Adakah saya yang akan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya? Ataupun memang saya di tempat yang benar dan wanita itu sebenarnya perampas kebahagiaan saya?
Saya terlalu sayangkan Z dan saya yakin memang sukar untuk mencari lelaki sepertinya yang sentiasa menjaga saya. Perlukah saya bermadu? Memang ada perasaan tidak berpuas hati dengan apa yang Z lakukan pada saya tapi dari kelakuan Z yang masih pentingkan saya, saya rasa terharu sangat dan redha dengan apa yang terjadi. Tolonglah saya.
________

JAWAPAN :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi..
Puan yang dirahmati Allah…
Ingin dikasihi dan mengasihi, dicintai dan mencintai adalah lumrah kepada manusia. Apabila ada perasaan sebegini, lazimnya berlaku perhubungan antara dua insan berbeza jantina.
Pada mulanya hubungan biasa. Namun, kerap kali juga hubungan biasa menjadi luar biasa. Mungkin manusia tidak mengundang berlakunya yang luar biasa itu, malah tidak terlintas di hatinya untuk berbuat sesuatu yang dibenci Allah seperti berzina. Namun, justeru berlakunya pergaulan terlarang, maka zina yang tidak pernah terbayang boleh berlaku dalam sekelip mata.
Iman boleh goncang jika nafsu tidak dikawal. Ada manusia yang benar-benar menyesal dengan dosa besar yang telah dilakukan dan bertaubat nasuha dengan tidak lagi melakukan perbuatan tersebut dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Ada manusia yang tidak rasa berdosa dan tidak terasa untuk bertaubat dengan apa yang berlaku tetapi tidak meneruskan perbuatan yang dibenci Allah. Kumpulan ketiga adalah manusia yang tidak pernah menyesal, dan mengulangi perbuatan dibenci Allah, malah tanpa rasa segan silu boleh menceritakannya kepada orang lain.
Puan yang dirahmati Allah….
Manusia lazim mahu mendapatkan apa yang dia inginkan. Untuk memenuhi keinginannya, dia sering berkata pada dirinya bahawa orang yang dicintainya itu adalah baik dan memenuhi apa yang dihajatinya.
Manusia juga membuat persepsi bahawa lelaki yang pendiam, lembut adalah baik dan amat sesuai dijadikan suami. Kerana apa? Kerana hatinya hanya nampak lelaki itu sahaja yang dapat menjadi teman hidupnya. Tanpa berfikir apa yang telah berlaku, dia masih mengatakan bahawa lelaki itu seharusnya menjadi miliknya berdasarkan masa dan tenaga yang lelaki itu telah beri tumpuan kepadanya.
Perlakuan lelaki itu sudah meyakinkannya bahawa lelaki itu menyayanginya, dan tidak orang lain. Itu sifat dan persepsi manusia. Hakikatnya, kalaulah puan boleh melihat dengan lebih terbuka, logiknya jika dia benar-benar cintakan puan dan tidak boleh hidup tanpa puan, maka kenapa dia boleh berkahwin dengan orang lain?
Dalam konteks ini cuba puan tanya pada diri, adakah dia jujur terhadap puan? Kalau dia jujur, tidakkah boleh dia memberitahu bahawa dia harus berkahwin dengan orang lain atas permintaan keluarga atau apa saja alasannya.
Dalam tafsiran puan, itukah kriteria yang boleh dikatakan baik dan amat sesuai menjadi suami puan? Cuba jawab berdasarkan logik fikiran, bukan dorongan hati yang mengatakan dia menyayangi puan hanya kerana tindak tanduknya yang selalu bersama puan. Kalau dikatakan bekas suami puan bertindak memukulnya, kenapa tidak dilaporkan kepada pihak polis. Kita ada undang-undang yang boleh melindungi daripada serangan pihak lain?
Kita tidak tahu apa yang sebenarnya tersirat dalam hati seorang lelaki, melainkan dia dan tuhan sahaja yang tahu. Apakah wajar kita mengetahui isi hati seseorang? Hakikatnya kita berhadapan dengan realiti hidup dan bukan sepatutnya begini sepatutnya begitu.
Puan yang dirahmati Allah…
Islam menyediakan cara dan jalan yang halal yang boleh manusia ikuti. Pilihan terletak di tangan manusia. Manusia boleh memilih jalan halal dan diredhai Allah. Namun manusia kadang-kadang seperti takut dan bimbang untuk melalui jalan dan cara yang telah Islam sediakan. Manusia bimbang bagaimanakah nantinya hidup bermadu? Apa akan jadi pada nasib dirinya dan anak-anak?
Bolehkah suami berlaku adil? Dan pelbagai soalan lagi yang manusia suka bertanya. Apa yang dibimbangkan oleh manusia adalah perkara-perkara yang berada dalam lingkungan jalan dan sempadan yang halal.
Walhal manusia jarang berfikir perkara-perkara dalam lingkungan dan sempadan yang haram. ‘ Apakah tindakan aku ini tidak menimbulkan kemurkaan Allah?’‘Wajarkah aku hidup menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki tanpa ikatan yang sah. Perhubungan aku ini adakah diredahi Allah? Yang pastinya tidak mengikut jalan-jalan agama dan batas-batas ketimuran ? Adakah aku wajar berkelakuan sedemikian rupa yang dilihat oleh anak-anak dan ini boleh jadi contoh tauladan yang tidak baik kepada perkembangan diri mereka?’
Tidak dinafi kan ramai juga manusia yang kita lihat berkecenderungan untuk memilih jalan yang tidak diredhai Allah. Manusia lebih rela hidup dalam lingkungan dosa dan noda, padahal jalan yang halal yang diredhai Allah terbentang luas.
Dalam hal ini, jika hati puan masih mencintai lelaki tersebut dan puan yakin dia juga mahu menjadikan puan sebagai isterinya, maka puan perlu memberitahunya bahawa perhubungan puan dengannya perlu diikat secara sah dan bukannya perhubungan terlarang.
Jika benar dia mahu menjadikan puan sebagai isteri keduanya, maka dia harus bertindak untuk berkahwin dengan puan. Jika dia berusaha ke arah itu, maka benar dia seorang yang bertanggungjawab.
Sekadar sering berjumpa puan dan mengambil berat terhadap puan belum tentu dapat kita katakan dia seorang lelaki yang ada tanggungjawab dan ada prinsip. Jika dia enggan dan berdalih, maka pastinya dia hanya mahukan sesuatu yang dapat dinikmatinya, bukan dimiliki secara sah. Kerana memiliki secara sah melibatkan amanah dan tanggung jawab yang perlu dipikul.
Manusia sukar menerima amanah dan tanggungjawab kerana merasa itu beban yang perlu dipikul. Ramai juga manusia yang hanya mahu bersuka-suka sahaja dalam kehidupan seharian. Maka, puan telitilah perkara ini.
Wallahualam..
***************************

Sumber : Majalah Wanita (karangkraf)